Assalamualaikum,semua.'Post' ini khas untuk pendapat-pendapat saya tentang artikel yang saya telah memilih daripada Berita Harian.Silalah membaca.=]
Isnin,12 September 2005Kes Mayat Dikerat-keratAmah Filipina dituduh bunuhPada pendapat saya,pembunuh amah Filipino itu,Aguilar,agak gila sehingga tergamak membunuh kawannya,La Puebla,sendiri.Walaupun saling mengenali,saya tidak faham mengapa Aguilar sanggup membunuh kawannya sendiri.Mungkin,mereka telah bertelingkah dan pertelingkahan itu bertukar menjadi sebuah perbunuhan.
Selasa,13 September 2005Dua dituduh hasut melalui 'blog' berbau perkaumanPada pendapat saya,kedua lelaki yang hasut melalui 'blog' mereka kurang cerdas kerana mereka tidak memikir akan orang lain yang boleh membaca 'blog' mereka dan permusuhan boleh menimbul di antara pembaca-pembaca yang kurang puas hati.
Rabu,14 September 2005Second Chance akan bangun khemah jual kuih rayaPada pendapat saya,perbuatan Second Chance bagi menjual kuih raya amat baik dan efektif kerana melalui cara ini,pembeli Melayu boleh menyesuaikan diri di kawasan City Plaza pada masa hadapan apabila semua perniagaan di Tanjong Katong Complex akan berpindah ke City Plaza.
Khamis,15 September 2005Hasrat cari kerja terlepas akibat nahasPada pendapat saya,pemandu kereta yang telah melanggari Encik Bonyaamin bersikap sombong dan tidak suka memberi pertolongan.Itu bukan sikap yang baik.Akan tetapi,saya percaya yang pemandu kereta itu akan ditangkap,bak kata pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga".
Jumaat,16 September 2005Kesakitan tidak tertahanPada pendapat saya,saya amat mengasihani pesakit ini kerana beliau terpaksa mengalami kesakitan yang amat sangat.Jika saya mengalami apa yang dialami pesakit ini,saya rasa saya tidak boleh tahan sakitnya.Akan tetapi,nasib baik penyakit demam denggi ini boleh dirawat dan ada ubatnya.
Sabtu,17 September 2005Ambulans tiba sejam kemudianPada pendapat saya,pemandu ambulans dari Hospital Pulau Pinang ini bersikap sambil lewa semasa orang berada dalam kesakitan.Pemandu ambulans ini tidak berhati perut langsung dan membiarkan mangsa sebuah kemalangan,seorang penunggang motosikal,itu pun mementingkan dirinya sendiri.Dia melarikan diri kerana takut dipukul orang,tetapi,pada pendapat saya,beliau akan lebih dipukul orang kerana melarikan diri.
Pendapat tentang Cerpen
Tajuk:Saudara,seorang tua dan kisah ini
Ahad,18 September 2005
Pada pendapat saya,anak Mak Tipah tidak mengenang budi ibunya yang susah payah menjual nasi lemak dan sebagainya hanya untuk membiayai pelajarannya.Saya rasa perbuatan anak Mak Tipah bernama Amir ini amat kejam sehingga menyebabkan ibunya terlantar di rumah orang-orang tua.Hanya kerana seorang perempuan yang dijadikan isterinya.Kepada saya,apabila saya dewasa kelak,saya tidak akan mengabaikan kedua ibu bapa saya kerana mereka telah banyak berjasa kepada saya.Dan saya akan membalas jasa itu.
Itu sahaja bagi 'post' ini.Terima kasih semua kerana mengambil masa untuk membaca.=]
wani-puked at
6:35 PM
wani-.
14.
muslim.
crescentian.
1g3'04.
2g3'05.
21041991.
loves:-
GOD.
family.
friends.
animals.
sweet stuff.
making blogskins.
play laptop.
red.
black.
hates:-
bugs.
hats.
backstabbers.
bitches.
annoying bastards.